Latar belakang Guglielmo_Marconi

Guglielmo Marconi lahir di Bologna, Itali pada 25 April 1874, anak lelaki kedua daripada Giuseppe Marconi, seorang lelaki Itali kaya-raya dan Annie Jameson yang berdarah Ireland. Beliau menamatkan pendidikannya di Livorno.

Guglielmo Marconi bernikah dengan Maria Cristina Bezzi-Scali pada 15 Jun 1927 dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Maria Elettra Elena Anna Marconi.

Marconi meninggal dunia pada 20 Julai 1937 di Rom, Itali.